SAAT CINTA ITU HADIR
Setinggi harapan yang kuimpikan
Tidak seindah yang kugambarkan
Melihat dirimu di sebalik pandangan mata
Meluruh jiwa tatkala bersua
Merangkai kata untuk berbicara mesra
Tetapi lidahku kelu seribu bahasa
Hanya senyuman yang bisa kulemparkan
Bagi menepis Sang Cinta yang bertandang tiba-tiba
Tidak mudah untukku melafazkannya
Apatah lagi mengaku diri ini cinta
Usah kau biarkanku terlanjur mencintaimu
Dan membuat aku menyayangimu
Sekali aku ‘jatuh’
Tidak akan ada yang bisa membuat aku ‘jatuh’ semula
Kerana cintaku sesuci hatiku
Kerana kasihku semurni jiwaku
Kerana sayangku seumur hidupku
Kuyakin cinta abadi itu ada
Hanya menanti masa untuk berputik indah
Biarpun bermusim lamanya aku menanti
Kupasti akan ketentuanNya
Akan kubuka sangkar cintaku
Dan menerima lamaran Sang Pencinta yang setia
Untuk meniti sinar bahagia
Yang kekal selamanya….
Nailofar_187
26 Oktober 2007